Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, October 30, 2017

Guan Eng Malu Besar - Dokumen Projek Billion Ringgit Didedahkan

“Dakwaan Guan Eng DAP kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik”

Dr MiM

Sebelum ini beliau mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama disabitkan dengan kes rasuah.

Kes tersebut sedang berjalan tetapi Lim Guan Eng dengan tanpa malunya masih lagi menjawat jawatan tersebut.

Kali ini ialah pembohongan kroni tegar Lim Kit Siang terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang menjelaskan bahawa kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM2 bilion untuk projek tebatan di negeri ini.

“Kita mendapati, kenyataan dikeluarkan Zainal Abidin itu palsu dan tidak benar. Ini kerana, selepas memeriksa rekod yang kita ada, kerajaan Pusat hanya membelanjakan RM300 juta sahaja untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang.” dakwa Guan Eng.

Kenyataan Guan Eng DAP ini mengambarkan yang beliau sebenarnya tidak tahu apa-apa pun dengan negeri yang ditadbir oleh beliau dan DAP. Sungguh memalukan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menafikan pembohongan Guan Eng kononnya kerajaan Persekutuan tidak memberi dana yang sewajarnya untuk membantu masalah banjir di Pulau Pinang.

Kerajaan persekutuan telah mengeluarkan perbelanjaan untuk projek tebatan banjir di negeri itu sejak 2006.

Zainal Abidin juga telah menjawab, di antaranya beliau berkata bahawa kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan EXCO Tebatan Banjir minggu lalu mempersoalkan kenyataan beliau pada Rabu, 20 September 2017 dibuat dengan niat jahat bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat dan menimbulkan curiga terhadap Kerajaan Persekutuan dan beliau.

Yang pastinya, kenyataan mengenai peruntukan RM 2 billion adalah benar, bukan fitnah atau palsu seperti yang didakwa oleh kroni tegar veteran tua DAP.

Dakwaan Guan Eng DAP kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik.

Berikut adalah perincian projek- projek di bawah RMK 9, RMK10 dan RMK11 :

a. RMK-9 (2006-2010) – RM1,493,500,000.00.

10 projek telah siap dilaksanakan. Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang. RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai.

b. RMK-10 (2011-2015) – RM404,550,000.00

11 projek telah dilaksanakan. Antara projek-projek tersebut ialah meneruskan untuk menyiapkan Projek RTB Bertam Kepala Batas, projek baru RTB Tasek Gelugor dan RTB Lembangan Sungai Kerian. Bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kerian, kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan dan projek dijangka siap pada akhir tahun 2017.

c. RMK-11 (2016-2020) – RM150 juta

Projek bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang, kontraktor telah dilantik dan kerja-kerja dijangka bermula penghujung tahun 2017.

Guan Eng dan Exconya memang telah memalukan rakyat jika benar tidak tahu menahu mengenai projek-projek tebatan banjir itu sedangkan semuanya dalam pengetahuan JPSPP, sebuah agensi bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Guan Eng DAP juga disarankan supaya menyemak semula dengan JPSPP sekali lagi sebelum melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Tiada gunanya menggunakan taktik menuding jari kepada pihak lain kerana rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

Jika tidak mampu, balik sahaja ke Melaka dan serahkan jawatan kepada rakyat Pulau Pinang.

Sumber: novandri.blogspot.com

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.