Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 15, 2018

Azmin Taruhan Terbaik Anwar Untuk Gagalkan Rancangan Mahathir?

 

Secara tiba-tiba nama Datuk Seri Azmin Ali menjadi sebutan hangat di kalangan para penyokong Pakatan Harapan. 

Semuanya gara-gara PKR Selangor telah mencadangkan nama Pengerusi PKR Selangor berkenaan sebagai salah seorang calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya pakatan pembangkang berkenaan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Walaupun namanya dicalonkan oleh PKR Selangor namun ianya tidak mendapat sambutan di kalangan rakan pembangkang yang lain. Pengerusi PAN, DAP dan PPBM Selangor menolak sama sekali nama Azmin Ali untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Mereka berpendapat, adalah lebih elok sekiranya mereka kekal dengan keputusan Majlis Kepimpinan Presiden Pakatan Harapan untuk kekal mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ironinya, sebaik sahaja namanya ditolak oleh ketiga-tiga pengerusi parti negeri, Azmin seperti cuba untuk mensabotaj dan memperlekehkan Mahathir, samada secara terbuka mahupun menerusi media sosial. Lihat sahaja bagaimana dia memerli Mahathir sewaktu dia cuba untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hospital di Cheras.

Tidak cukup dengan itu, dia secara tiba-tiba memberi laluan buat Mahathir untuk bertanding di Parlimen Gombak yang mana umum sedia maklum bahawa kerusi berkenaan secara amnya menjadi kubu kuat PAS. Adakah Azmin sengaja mahu menyaksikan Mahathir tewas dan seterusnya berpeluang untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan?

Melihat akan keadaan semasa ini, timbul persoalan, adakah segala yang dilakukan oleh Azmin ini adalah arahan terus dari Anwar untuk menggagalkan rancangan Mahathir? Jika kita renungkan sejenak apa yang berlaku sepanjang tempoh dua minggu kebelakangan ini, teori ini ada asasnya.
Ianya bersandarkan kepada dua perkara iaitu sewaktu Mahathir cuba melawat Anwar, cubaannya menemui kegagalan. Dalam sidang medianya, Mahathir mendakwa, kegagalannya menemui Anwar ini disebabkan oleh arahan Kementerian DAlam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia itu sendiri.

Namun, dari kenyataan balas oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau berkata, memang wujud larangan berkenaan namun semuanya terpulang kepada banduan itu sendiri samada mahu ataupun tidak menemui pelawat. Ianya senada dengan kenyataan Jabatan Penjara itu sendiri yang pada masa yang sama meminta Mahathir menghantar surat permohonan untuk melawat Anwar.


Bukankah ianya sesuatu yang agak pelik kerana jika dinilai dari dua kenyataan ini, Anwar boleh sahaja menjawab ingin bertemu dengan Mahathir. Namun dalam kes ini, Anwar seolah-olah enggan menemui Mahathir walaupun berpeluang berbuat demikian.

Perkara kedua pula adalah perasaan dendam Anwar terhadap Mahathir. Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun dan dijangka dibebaskan pada 8 Jun 2018. Sudah tentu, Anwar tidak mampu berbuat apa-apa seandainya nama Mahathir masih kekal menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan menggantikan dirinya.

Oleh yang demikian, taruhan terbaik Anwar untuk menggagalkan rancangan Mahathir ini adalah dengan mempergunakan sepenuhnya Azmin Ali untuk merosakkan rancangan Mahathir ddan kepimpinan Pakatan Harapan. Andai Azmin berjaya menumbangkan Mahathir samada menerusi pencalonan atau meletakkan kedudukan Mahathir di kerusi yang bukan selamat bagi Mahathir sehingga membolehkan Mahathir tewas, sudah tentu segala perhatian akan berpusat kepada Azmin dan Anwar.

Mungkin bagi Anwar, tidak kiralah siapa yang dilantik untuk menjadi Perdana Menteri, yang penting orang berkenaan bukanlah Mahathir. 

Walaupun secara amnya mereka mampu untuk bersekutu namun sejarah telah membuktikan bahawa Mahathir boleh sahaja merosakkan hubungan sekutunya walaupun hubungan berkenaan berada pada tahap terbaik.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.